homepage

Kamis, 27 Januari 2011

sayyid qutb dan kesalah fahaman

Salah Faham Terhadap Pemikiran Sayyid Qutb
lnilah penjelasan yang amat penting untuk pembaca Tafsir Fi Zilal dan
buku-buku karangan asy-Syahid Sayyid Qutb yang lain yang kami petikkan
sebahagiannya dan muqaddimah buku " التصورالاسلامي ومقوماته " bahagian
yang kedua dari buku " خصائص التصورالاسلامي ومقوماته " iaitu karangankarangan
akhir beliau sebelum buku " ."معالم في الطريق
Muqaddimah ini ditulis oleh saudara beliau penulis Islam terkemuka
di akhir abad ini iaitu al-Ustaz al-kabir Muhammad Qutb1 dan dalam
muqaddimah ini beliau telah mendedahkan beberapa salah faham yang
ditimbulkan oleh pembaca-pembaca yang tidak menghayati karangan Sayyid
Qutb secara menyeluruh atau membacanya secara tebuk-tebukan di sana sini
lalu membuat kesimpulan-kesimpulan yang gopoh dan zalim yang
mencemari persepsi beliau yang sebenar tanpa usaha menyelaras dan
mensepadukannya dengan keterangan-keterangan beliau yang lain di
tempat-tempat yang lain untuk mendapatkan satu persepsi yang betul yang
dikehendaki beliau atau salah faham dan fitnah yang sengaja diada-adakan
oleh musuh-musuh Islam yang begitu ghairah semasa hayat beliau untuk
menghapuskan beliau dan memburuk-burukkan pemikiran Islamiyahnya
yang tegas dan murni. Semoga muqaddimah ini menjadi garis panduan yang
penting kepada para pembaca apabila menemui sesuatu ungkapan dalam Fi
Zilal atau lainnya yang sekali imbas mendorong ke arah kesimpulankesimpulan
yang melulu. Dengan pembacaan dan penelitian yang
sedemikian hemat dapat menghindarkan pembaca dan kemungkinankemungkinan
terperangkap dalam tompokan tompokan buih yang tidak
dimaksudkan yang terjana dalam curahan arus pemikiran Sayyid Qutb yang
begitu meluas dan mendalam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar